Wednesday 19 October 2011

Tulisan Jawi

  • Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
  • Tulisan jawi sinonim dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab. Murid-murid dikehendaki mahir dalam ejaan dan mempunyai tulisan yang kemas dan cantik. Pelajaran Khat akan diajar pada tahun enam iaitu khat nasakh dan khat raqaah/riqaah.


Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.

Kredit kepada : http://ms.wikipedia.org/wiki/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...