Wednesday 30 November 2011



Tulisan Jawi penuh kesenian



Masjid Al-‘Azim Negeri Melaka


 JOM HAFAL DOA' QUNUT



Indah pada bacaan, indah pada tulisan, fahami maksudnya dengan ketakwaan.

Kredit kepada : akukhairul

Monday 28 November 2011


MAKAN ANGIN KE KL






BERKONGSI RASA


TAHNIAH! ..ANGAH KERANA MENDAPAT TEMPAT KE3 BAHAGIAN KHAT (L)
DALAM IHTIFAL j-QAF PERINGKAT NEGERI PERAK 2011 DI SK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN PADA 15 DAN 16 NOVEMBER 2011.Semoga menjadi inspirasi buat adik-adik dan kawan-kawan.


Friday 25 November 2011

Monday 21 November 2011


CONTOH NASYID - MIKRO TEACHING


* IKUT IRAMA LAGU RUKUN IMAN

CONTOH ABM JAWI TAHUN 1


* NAMA PERMAINAN - LABAH-LABAH

* KETERANGAN - SUKU KATA DI DALAM DIGABUNGKAN DENGAN SUKU KATA DI LUAR
   UNTUK MEMBINA PERKATAAN.

* SESUAI UNTUK KUIZ DAN LAIN-LAIN.

Friday 18 November 2011


TEKNIK MENULIS KHAT DI 'WHITE BOARD'
SUKATAN PELAJARAN TAHUN 6

                                                                       
                                                                   Kredit kepada : khatboard.wmv

Belajar Khat 


Belajar khat menggunakan pen buluh


: Kredit kepada : seni khat.blogspot.com

Iklan solat..ingat-mengingati


Sunday 13 November 2011

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB


JENIS PINJAMAN
Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya
§  abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
§  bakhil, baligh, batil, barakah
§  daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
§  khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
§  musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
§  kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
§  syariat, ulama, wajib, ziarah.

Sebutan berubah, erti masih sama
§  berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
§  darjat dari perkataan "darajah"
§  khabar dari perkataan "khabar"
§  lafaz dari perkataan "lafazh"
§  zalim dari perkataan "zhalim"
§  makalah dari perkataan "maqalatun"
§  masalah dari perkataan "mas-alatuna"
§  mungkin dari perkataan "mumkinun"
§  rasmi dari perkataan "rasmiyyun"
§  soal dari perkataan "suaalun"
§  rezeki dari perkataan "rizq"
§  Sakarat dari perkataan "Zakarotil"
§  Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Wahid"), Isnin (Isnaini"), Selasa (Salasa"), Rabu ("Arba'a"), Khamis ("Khomsa"), Jumaat dan Sabtu

Cara mengeja perkataan tiga suku kata bahasa Melayu


Biasanya apabila kita hendak mengeja sesuatu perkataan yang suku kata pertamanya terbuka [a] dan suku kata keduanya bukan suku kata terbuka [a], mestilah disertakan huruf alif.
 Contohnya:
Rumi
Jawi
Batu
باتو
Balik
باليق
Basuh
باسوه 
Cari
چاري
Cabik
چابيق
Catur
چاتور
Halus
هالوس
Halogen
هالوڬين
Hati
هاتي
Palu
ڤالو
Pamit
ڤاميت
Bagi kata jati bahasa Melayu, perkataan yang bersuku kata pertamanya terbuka [a] tidak diberikan alifnya.
 Contoh:
Rumi
Jawi
Baginda
بڬيندا
Halimunan
هليمونن
Halilintar
هليلينتر
Harimau
هريماو
Halia
هليا
Halipan
هليڤن
Halibut
هليبوت
Haleja
هليجا
Cakerawala
چكراوالا
Cakerawati
چكراواتي
Cakela
چكلا
Cakeram
چكرم
Kesemua contoh yang diberikan di atas mempunyai suku kata pertamanya terbuka [a] dan tidak pada suku kata keduanya. Huruf alif sepatutnya wujud dalam kasus begini tetapi itu hanya berlaku dalam ejaan yang bukan kata jati bahasa Melayu.
Kredit kepada : halimshahril@yahoo.com



Thursday 10 November 2011

BELAJAR JAWI

belajar jawi

Nasyid Alif Ba Ta





PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP + SUKU KATA TERBUKA



Peraturan dalam mengeja Jawi amat teliti berbanding Rumi. Cara mengejanya tidak tetap seperti ejaan Rumi. Ianya berubah-ubah  mengikut kedudukan huruf dalam sesuatu perkataan.
Sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dan diakhiri dengan suku kata terbuka [a] dalam ejaan Jawi hendaklah diletakkan huruf alif [ا] pada suku kata akhirnya.
Contoh:
                                                                    
RUMI
JAWI
Carta
چرتا
Hamba
همبا
Hampa
همڤا
Jumpa
جومڤا
Kerja
كرجا
Minta
مينتا
Timba
تيمبا
Tanpa
تنڤا
Terma
ترما
Pinta
ڤينتا
Ronta
رونتا
Tinta
تينتا


Sekiranya huruf alif tidak diletakkan pada suku kata akhir , maka perkataan tersebut akan berbunyi seperti berikut:

JAWI
RUMI
چرت
Cerat
همب
Hemab
همڤ
Hemap
جومڤ
Jumap
كرج
Keraj
مينت
Minat
تيمب
Timab
تنڤ
Tenap
ترم
Teram
ڤينت
Pinat
رونت
Runat
تينت
Tinat



Kredit kepada : Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor (DBP)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...