Sunday 13 November 2011

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB


JENIS PINJAMAN
Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya
§  abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
§  bakhil, baligh, batil, barakah
§  daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
§  khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
§  musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
§  kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
§  syariat, ulama, wajib, ziarah.

Sebutan berubah, erti masih sama
§  berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
§  darjat dari perkataan "darajah"
§  khabar dari perkataan "khabar"
§  lafaz dari perkataan "lafazh"
§  zalim dari perkataan "zhalim"
§  makalah dari perkataan "maqalatun"
§  masalah dari perkataan "mas-alatuna"
§  mungkin dari perkataan "mumkinun"
§  rasmi dari perkataan "rasmiyyun"
§  soal dari perkataan "suaalun"
§  rezeki dari perkataan "rizq"
§  Sakarat dari perkataan "Zakarotil"
§  Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Wahid"), Isnin (Isnaini"), Selasa (Salasa"), Rabu ("Arba'a"), Khamis ("Khomsa"), Jumaat dan Sabtu



Sebutan dan erti berubah dari sebutan dan erti semula
§  "keparat" dalam bahasa Melayu merupakan perkataan maki yang kira-kira bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan "kafarat" yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda.
§  "loghat" dalam bahasa Melayu bermakna dialek, berasal dari perkataan "lughah" yang bermakna bahasa.
§  "naskah" dari perkataan "nuskhatun" yang bermakna secarik kertas.
§  "perlu", berasal dari perkataan "fardhu" yang bermakna harus.
§  "petua" dalam bahasa Melayu bermakna nasihat, berasal dari perkataan "fatwa" yang bermakna pendapat hukum.

Sebutan sebenar, ertinya berubah
§  ahli
§  "kalimat" dalam bahasa Melayu bermakna rangkaian kata-kata, berasal dari bahasa Arab yang bermakna kata.
§  siasat
§  Hakim dalam Bahasa Melayu bermakana pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakana Bijaksana

Kredit kepada : wikipedia, Ensiklopedia bebas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...