Thursday, 10 November 2011

PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP + SUKU KATA TERBUKA



Peraturan dalam mengeja Jawi amat teliti berbanding Rumi. Cara mengejanya tidak tetap seperti ejaan Rumi. Ianya berubah-ubah  mengikut kedudukan huruf dalam sesuatu perkataan.
Sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dan diakhiri dengan suku kata terbuka [a] dalam ejaan Jawi hendaklah diletakkan huruf alif [ا] pada suku kata akhirnya.
Contoh:
                                                                    
RUMI
JAWI
Carta
چرتا
Hamba
همبا
Hampa
همڤا
Jumpa
جومڤا
Kerja
كرجا
Minta
مينتا
Timba
تيمبا
Tanpa
تنڤا
Terma
ترما
Pinta
ڤينتا
Ronta
رونتا
Tinta
تينتا


Sekiranya huruf alif tidak diletakkan pada suku kata akhir , maka perkataan tersebut akan berbunyi seperti berikut:

JAWI
RUMI
چرت
Cerat
همب
Hemab
همڤ
Hemap
جومڤ
Jumap
كرج
Keraj
مينت
Minat
تيمب
Timab
تنڤ
Tenap
ترم
Teram
ڤينت
Pinat
رونت
Runat
تينت
Tinat



Kredit kepada : Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor (DBP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...